Info Korporat

Aufi Group (dikenali sebagai Abadi Utama Food Industries) adalah syarikat bumiputera yang telah ditubuhkan pada 2012. AUFI telah ditubuhkan oleh En. Fadhlan Bin Mohd Nor dan juga Pn. Norhamishah bt Abdul Halim. Di dalam rangka masa 4 tahun, AUFI Group telah berkembang dengan pesat demi memenuhi pasaran tempatan Malaysia berkaitan dengan Makanan Tradisi. AUFI Group juga mempunyai visi untuk mengembangkan sayap kepada pasaran luar negara.

Aufi Group telah memfokuskan tentang makanan halal yang mempunyai kualiti yang tinggi dan juga memenuhi standard antarabangsa tanpa menggunakan pengawet di dalam produk untuk memastikan semua produk AUFI adalah bebas dari sebarang anasir yang tidak baik untuk tubuh badan.

Fokus AUFI Group untuk masa terdekat ini adalah untuk menembusi pasaran tempatan seperti Giant, AEON dan lain-lain. Produk kami kini boleh didapati di TESCO dan HEMAT berdekatan.

 

halalmestibuatan_malaysia1_Malaysia_Best